Assalamu'alaikum...
Bercakap pasal senam. Aku rasa... Akulah manusia paling malas nak bersenam. Walaupun dulu time mengandungkan Alia. Tak pernah pun terfikir pasal nak bersenam. Yang aku fikir... Rasa penat, malas dan nak tidur jer keja.


Aku ada terbaca... Dalam majalah Pa&Ma. Sebenarnya bersenam bagus untuk ibu mengandung. So, dikesempatan ini... Chehhh! Aku nak gak buat catatan pasal tip bersenam ketika hamil. Nanti bolehlah dipraktikkan untuk second baby if ada rezeki. Heee... Kena buang sikap malas bersenam ni sebenarnya.

So... Berikut adalah antara 5 tip bersenam semasa hamil.
  1. Berjalan, meregangkan badan dan mengangkat benda ringan bagi membantu mengeluarkan peluh.
  2. Elakkan aktiviti yang boleh membuatkan diri tidak seimbang.
  3. Hentikan senaman if mengalami sebarang masalah kesihatan seperti pening, sesak nafas, berdebar-debar atau sebagainya. 
  4. Mulakan sesi senaman selama 15 minit sebanyak 3 kali seminggu. Tingkatkan tempoh bersenam beransur-ansur agar tidak mudah letih.
  5. Paling penting minum banyak air kosong untuk mencegah penghidratan. Mean, dalam erti kata lain untuk mencegah kekurangan air dalam badan.
Tu antara 5 tip bersenam time pregnant yang pernah aku baca. Semoga ia menjadi satu info berguna buat kita semua.

Sekian. Wassalam...