Assalamu'alaikum...
Kini negara kita mengalami jerebu. Walaupun indek udara di Sarawak tidak seteruk di Johor atau tempat-tempat lain. Tempias jerebu itu tetap dirasai terutamanya mata. Mudah sangat nak pedih bila berada di luar rumah.

Semalam tengok berita, kerana indek udara yang teruk... Terdapat beberapa buah sekolah telah ditutup. Satu tindakan yang wajar aku kira.

Teringat aku dengan Sarawak suatu ketika dulu, tak silap around tahun 1997... Sarawak diisytiharkan darurat kerana kualiti udara masa tu memang teruk. Kat kampung aku... Sunyi sepi jalan. Takde sangat orang nak keluar rumah masa tu. Memang terasa giler kesunyiannya... Sehinggalah kualiti udara dikatakan baik.... Barulah back to normal ^_^.

Hurmmm... Harap-harap keadaan jerebu di negara kita pulih dengan cepat ye. Almaklumlah... Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Apa-apa pun bersama-samalah kita beringat agar kurangkan aktiviti di luar rumah, banyak minum air kosong dan kalau boleh mandi 3 kali sehari. hikhikk...

Bicara Hati : Harap-harap jerebu melanda negara akan pulih dengan cepat.