Assalamu'alaikum...
Begitulah gaya anak dara aku... Di kala aku tengah snap gambar. Macam-macam stail ada. Lansung tak perasan aku ambik gambar dia. Betapa hebatnya penangan upin ipin. Sampai aku pun dah kemaruk tengok upin ipin jugak dibuatnya. Tapi memang best la upin ipin. Banyak unsur-unsur positif cuba ditonjolkan.


Paling best... Selain watak upin ipin. Aku suka gak tengok watak Ismail bin Mail. Otak bisniz sungguh. 2 seinggit. Tu je yang dia tau. Semua benda dia nak jual. Lepas tu pulak selalu gaduh sama Mei Mei. Lucu jer tengok diorang. Kalau ada versi upin ipin dewasa. Macam mana kalau diorang couple ek. Haha... Aku pulak berangan untuk cerita upin ipin versi dewasa. Sabo jelah. Apa-apa pun syabas buat les' copaque kerana telah membuat sebuah  Cerita kartun yang amat mencuit hati.

Alia pulak sekarang ni dah reti gelak dan senyum sorang-sorang tengok upin ipin. Tak paham aku. Haha...