Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Rezeki datang lagi. 27hb ni aku akan ada exam Pegawai Teknologi Maklumat F41 di Sibu. Semoga aku dapat menjawab dengan jayanya. Amin...
Hurmmm... Terpaksalah hubby cuti jugak dan hantar aku dan Alia sekali ke kampung. Tinggal dengan mak kejap. Sedang dok struggle study sempat jugak aku buat entri. Bengong!... Apalah soalan exam tu nanti yer. Yang pasti mesti soalan berkaitan isu semasa. Topologi semua tu... Lan, wan, ring... Database... Apalagi?. Normalization... Segala benda berkaitan teknologi... Masak aku nak kena flashback balik.
Part mengira... Confirm! Add mate masuk. Kalkulus... Linear Algebra, statistik. Mate diskrit. Fuh! Tak sanggup aku nak hadap add mate weii.
Apa-apa pun soalannya. Aku kena buat persiapan jugak. Tak banyak sikit jadilah kan. Hehe...
Tapi... Dalam dok pikir pasal exam. Terfikir pulak Alia. Setengah hari tu kena tinggal dengan neneknya. Mencari ke tidak tu nanti yer?
1 Comments
Maklumat lanjut mengenai tips dan Rujukan exam Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada 27 Julai nanti boleh layari blog ini.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.