Assalamu'alaikum ♥,
Kisah semalam...
Alia dah reti suap sendiri. Senang sikit maknya. Tapi kadang-kadang je suap sendiri. Selebihnya aku yang suapkan.
Breakfast semalam. Alia minum susu dengan sekeping canai. Aku dan hubby tukang tengok jelah. Bulan puasa. Kalau bukan bulan puasa. Confirm! Kami tumpang sekaki. Hehe... Suka usik Alia. Kalau kita mintak. Confirm! Dia akan cakap 'mau' mean 'sik mauk' ( tak nak ). Lepas tu tarik muka.
Sambil tengok dia breakfast, sempat jugak aku tangkap muat gambar dia. Nasib baik gambar cantik. Selalu... Lebih banyak shaking dari elok.
Begitulah kisah cinta hati kami untuk hari ahad yang malas. Hikhik... aku malas betul nak update blog. Study untuk exam pun entah apa-apa. Boleh ke tidak aku jawab nanti ek!
2 Comments
selamat pg&salam ramadhan # 13
ReplyDeleteamboi mkn x sempat nk bersila dah.hehe
amboii, gnasnya alia dduk..hehehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.