Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah... Sempat lagi aku update blog. Padahal tengah layan Alia bermain. Tak tidur lagi. Biasa... Weekend. Bagi peluang Alia tidur lewat. Hubby pulak layan bola Selangor lawan Johor di TV.
Oh! Ya, Entri kali ni pasal cintan-cinton pakat-pakat nak kawin... Tapi runsing. Boleh ke bahagia... Aku muda. Suami pulak tua. Atau sebaliknya. Aku tua... Bakal suami muda.
Pada aku tua atau muda tak menjamin bahagia. Tapi... Apa yang penting keserasian dan terima pasangan dengan seadanya. Sebaya pun... Kalau tak serasi pun tak guna. Peduli orang kata. Yang penting kita tahu apa yang kita buat dan kita sentiasa ingat pada Allah. Cinta berlandaskan agama. InsyaAllah bahagia.
Biasa... Orang sekeliling memang pandai mengata. Sat lagi diamlah tu. Lumrah alam tak kan lari. Bukan masyarakat yang nak kawin. Tapi kita yang akan hidup bersama. Satu jer... Kena ingat kawin bukan macam pakai baju boleh tukar.
Tepuk dada... Tanya sendiri. Kita sentiasa ada pilihan... Apa yang penting. Berfikirlah secara rasional dan buatlah pilihan yang terbaik.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.