Assalamu'alaikum...
Memandangkan gigi dah bertambah... Baru-baru ni. Aku adalah belikan Alia berus gigi... Dengan harapan untuk melatih Alia memberus gigi. Yolah tu ^_^.


Mungkin dek kerana selalu memerhati aku atau hubby memberus gigi di bilik air terutamanya akulah... Sebab selalu... Aku dan Alia mandi bersama. Tahu pulak dia kegunaan berus gigi sebaik saja aku berikan berus gigi kepadanya. Apalagi... Tangkap gambar sat. Nak jugak tunjuk model berus gigi tak berbayar yer. Seperti diajar... Walhal. Baru nak ajar. Bijak sungguh! Sebelum ni aku guna kain khas je gosok gigi Alia memandangkan gigi depan je baru tumbuh.

Tapi... Tu lah... Budak! Bukan nak sangat memberus gigi. Nak buat main adalah. Harap-harap nanti Alia bila besar taklah malas memberus gigi yer nak.