Assalamu'alaikum ♥,
Dua seinggit... Trademark Ismail Bin Mail dalam kisah Upin Ipin yang selalu membuatkan kita rasa tercuit. Kepala bisnis sungguh! Semua benda nak jual. Kalau kuih 2 bijik seinggit... Kira mahal tu. Tapi... Harga bahan pun mahal sekarang ni. Susah jugak nak cakap!
Tu lah... Semalam dok baca status members kat FB. Ramai yang merunggut kata kuih di bazar ramadhan mahal. 4 bijik 2 ringgit. Malah blogger pun meluahkan perkara yang sama.
Hurmmm... Susah nak kata. As a customers kita pun ada pilihan. Tak payah nak merunggut. Jalan penyelesaian. Jangan beli... Masak sendiri. Haha...
Tapi... Sebagai penjual janganlah ambik kesempatan pulak. Mentang-mentang ler bulan puasa. Mahal-mahal pun orang akan beli... Ikut sesuka hati nak letak harga. Ingat semua orang mampu ke nak beli. Orang pun bijak. Boleh kira bah berapa harga bahan mentah sekarang ni.
Tulah aku malas nak pegi bazar ramadhan zaman sekarang ni... Macam tahun lepas. Bukan banyak mana pun juadah dibeli... Dah habis RM30.
Haha... Emolah pulak entri aku kali ni.
1 Comments
saya tak suka membeli kat bazar kecuali dah nazak sangat time tu..haha.. rela goreng cekodok kut..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.