Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Selesai jugak urusan exam aku. Semalam... Seawal 3 pagi gerak dari rumah dan sampai di tempat exam. Wisma persekutuan Sibu around 7 pagi. Hubby dan ayah sempat tidur lagi. Haha... Part sahur paling best. First time sahur dalam keta... Mak bekalkan juadah sahur buat kami bertiga. Alia pulak masih tidur aku tinggalkan. Rasa nak menangis tau. Mana pernah berenggang dengan dia.
Namun aku bersyukur. Mak kata Alia senang dijaga dan tak nangis pun. Alhamdulillah.
Cakap pasal exam pulak. Memang kena cepat jawab. Soalan banyak masa sikit. Pulunlah jawab. Section A. Bagi aku senang. Banyak berkaitan database ditanya. Network pun sama. Macam topologi semua tu masuk. Then... Isu semasa berkaitan keselamatan ICT juga turut ditanya selain daripada Entity Relationship Diagram dan juga pembangunan sistem.
Section B pulak banyak pengiraan dan logik. 50/50 je aku rasa. Untuk Esei... Kena mengarang ler jawabnya. Untuk penaksiran personaliti. Ada 94 soalan yang kena jawab dalam masa 30 minit. Sama macam KPLI. Tips jawab penaksiran personaliti pada aku. Jawapan kena positif. Tu je...
Habis exam... Kami terus balik. Sepanjang perjalanan aku tido weii... Yelah. Malam sebelumnya tak tido kononnya study. Hikhik...
Habis exam... Kami terus balik. Sepanjang perjalanan aku tido weii... Yelah. Malam sebelumnya tak tido kononnya study. Hikhik...
1 Comments
salam ukhwah dan salam ramadhan dari bunda...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.