Assalamu'alaikum ♥,


Semalam birthday hubby. Hari ni pulak genap umur Alia setahun 5 bulan. Dalam nak masuk umur setahun 5 bulan ni... Perkembangan Alia sangat drastik. Gigi tumbuh banyak sekaligus. Tapi syukur alhamdulillah... Dia lansung tak demam. Mungkin kerana lasak. Atau antibodi dia kuat untuk melawan sakit. Harap-harap begitulah kan... Hasil daripada minum susu cap ibu. Haha... 

Mula nak belajar bercakap itulah juga antara lain apa yang Alia sedang lalui sekarang walaupun words yang disebutkan sekadar dihujung mulut. 

Apa paling best dah boleh tolong mak kemas rumah... Terutama mainannya sendiri walaupun cuma beberapa minit lepas tu bersepah balik. Means... Alia dah expert memahami arahan yang kompleks. Alhamdulillah!

Senyum dan tawanya di saat menonton tv jugak sekarang ni membuatkan aku geram nak gigit Alia. Apa taknya. Macam orang dewasa je tengok tv.

Semoga Alia terus membesar dengan sihat dan bijak ^_^.