Assalamu'alaikum ♥,
Kisah tengahari before nak mulakan perjalanan balik kampung.

Ingat... Before keluar. Nak bagi Alia makan dulu. Sebab perjalanan dari sekolah ke pusat bandar Bintulu ambik masa 3 jam. So... Di saat sup hampir masak... Gas pulak habis. Alamak!!!. Buat hal betul.

Nak mintak tolong hubby belikan gas dah alang-alang nak balik. Sup pun dah hampir masak sebenarnya. Apa perlu aku buat? 


Haha... Teringat masa di universiti dulu. Aku dan roomate. Guna rice cooker goreng nasi. Masak mee lah. Dari situ aku dapat idea. Apalagi... Masak jugak sup Alia akhirnya guna rice cooker. Korang pernah buat?