Assalamu'alaikum ♥,
Permulaan yang baik untuk second day puasa. Cerita kali ini pasal baby lagi... Mengenai bagaimana berjimat dalam membeli produk bayi.
Aku bukanlah pro dalam merancang ekonomi. Tapi... InsyaAllah dengan sedikit info hasil pembacaanku... Kita berkongsi. Jimat jugak duit poket nanti. InsyaAllah. Hikhik...
Aku pernah terbaca di dalam majalah Pa&Ma, di mana untuk membeli produk bayi... Berikut adalah sedikit tips untuk mendapatkannya :-
- Selalu bandingkan harga sebelum membeli.
- Buat senarai beli-belah untuk mengelakkan pembaziran ketika membeli-belah. Yang ini sangat penting aku kira. Maklumlah kalau dah tengok barang baby yang cute lagi menarik hati. Confirm! Kalau takde senarai belian. Boleh tersasar bajet. Percayalah ^_^.
- Belilah produk yang murah tetapi berkualiti tinggi. Baca label untuk mengenal pasti kandungan produk yang murah juga sama dengan jenama yang mahal.
- Pek berkembar adalah belian yang berbaloi lebih-lebih lagi pek berkembar selalunya disertakan free gift.
Tu antara 4 panduan berjimat dalam membeli produk bayi yang aku kira bagus untuk dipraktikkan.
Diharap dengan sedikit info ni. Kita dapat menjimatkan duit poket kita. Tak banyak. Sikit pun jadilah...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.