Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah! Baru sekarang Alia boleh makan ikan dan telur selepas beberapa kali mencuba. Kalau menurut Dr. Carol Cooper dalam bukunya Soal jawab bayi dan kanak-kanak. Bayi dah boleh dah makan ikan dan telur sejak umur setahun...

Tapi lain pulak Alia... Sejak umur setahun aku try bagi makan ikan dan telur. Tiap kali makan. Confirm! Cirit-birit. Aku pernah tanya doktor time bawak Alia ke klinik. Doktor kata maybe still alah. Aku tak pernah putus asa... Tetap mencuba.

Akhirnya... Sekarang dalam 2 minggu ni Alia dah boleh dah makan ikan dan telur. Dah tak cirit-birit lagi dah. Umur setahun 4 bulan baru boleh makan ikan. Apa kes?

Hurmmm... Apa-apa pun baru rasa lega. Yelah! Tak kan makan ayam dan daging jer kan memanjang. Lagi satu... Telur dan ikan adalah antara makanan terbaik untuk otak. Sapa tak nak anak genius kan? Kita hanya mampu berusaha... Selebihnya. Allah yang berhak menentukan yang terbaik buat hambaNYA.

Alhamdulillah!