Assalamu'alaikum...
Sapa tak tau citer tengah hot diperkatakan oleh para blogger sekarang... Kalau tak slot akasia teduhan kasih. Daripada apa yang aku baca berdasarkan entri kengkawan. Ramai yang sakit hati tengok watak Ayu yang dibawa oleh Nabila Huda. Aku pun... Tak suka dengan wataknya yang penggoda gedik tu.
Semalam episod 27... Mean, malam ni episod 28 iaitu episod terakhir teduhan kasih. Kisah semalam bersambung dengan kisah Ehsan dan Ayu ditangkap khalwat. Iffa try call Ehsan. Lansung tak berjawab. Mak mertua Ayu pulak risau akan Ridzal yang sakit tenat di hospital turut menelefon Ayu. Pun... Sama, lansung tak berjawab.
Dalam masa yang sama... Kak long tiri Iffa menelefon Iffa dan memberitahu Ehsan ditangkap khalwat. Walaupun sedih... Ayu still percaya akan Ehsan. Ehsan pulak try call Jeny. Untuk tanya apa yang sebenarnya berlaku. Tapi... Sian. Jeny bagitau yang dia lansung tak tau. Hampeh betul!
Balik umah... Ehsan terus mengurung diri dalam bilik. Manakala di sisi lain... Mak tiri Iffa dah mulai sembahyang. Nampaknya dah insaf. Datang pulak kak long seperti memerli maknya yang baru lepas solat.
Ayu pulak pergi rumah Ehsan. Konon ajak Ehsan kawin. Mak mertua ajak ziarah suaminya yang sakit tenat di hospital lansung tak diendahkannya. Iffa pulak... Sebaik saja nurse telefon kata Ridzal sakit dan nak jumpa... Terus ke hospital jumpa Ridzal. Kedatangan Iffa dan Adam disambut baik oleh mak mertuanya dan Ridzal. Tapi... Sayang. Ridzal meninggal dunia.
Balik umah pulak jumpa Ayu... Ayu berlakon sedih dan kata yang dia pasti kawin dengan Ehsan. Namun... Iffa tau itu mungkin perangkap. Iffa terus masuk rumah. Macam-macam hal berlaku.
Adakah Ehsan dan Iffa akan bercerai? Adakah Ayu akan berkahwin dengan Ehsan atau... Adakah Jeny akan memberitahu perkara sebenar kepada Ehsan dan Iffa?...
Semuanya akan terjawab dalam episod akhir teduhan kasih malam ni.
Dah tonton dah promo akasia terbaru pengganti teduhan kasih. Demi dia... Lakonan Alfira Loy. Tapi tak tau ler cita dia best ke tidak.
1 Comments
ohh cerita baru ada elfira loy kk..tak berapa minat sgt minah kecik nie.hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.