Assalamu'alaikum ♥,
Bila kubis bunga berulat. Apa korang buat?. Adakah dumppp.... Campak terus sayur kubis tersebut ke dalam tong sampah sebaik saja melihat ulat? Atau ada petua mudah nak buang ulat kubis bunga.
Aku bukanlah hebat sangat pasal buang-buang ulat. Malah aku cukup geli dengan ulat walaupun ulat tu tak besar mana pun. Tapi... Aku nak share'lah petua yang selalu aku amalkan untuk membuang ulat pada kubis bunga. Petua paling simple okeh!
Caranya mudah... Cuma perlu rendamkan kubis bunga dalam bekas berisi air. Then... Masukkan satu sudu garam ke dalamnya dan 'tandah' ( biarkan dalam bahasa Sarawak ) selama 10 minit. Confirm! Ulat-ulat tu terapung. Senang tak? Ke korang ada petua lain... Yang lagi senang.
Apa-apa pun selamat mencuba ^_^.
1 Comments
aku makan dengan ulat2 tu sekali
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.