Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang aku ada untuk aku terus berkongsi cerita. Since bergelar ibu. Aku kini lebih banyak mencari info tentang mengandung, anak, mendidik anak dan tak kurang jugak tentang ilmu keibubapaan.
Bercakap pasal mengandung. One of info yang perlu kita as a wife perlu tahu ialah "kenapa baby besar dalam kandungan". Satu antara sejuta persoalan yang penting maybe ligat bermain di fikiran kita semasa mengandung.
For your information... Berat bayi yang melebihi 4.5kg dianggap sebagai besar dan purata saiz bayi normal ialah 3.4kg. Kalau Alia dulu... Sepatutnya keluar 3.1kg. Tapi... Disebabkan terlalu lama tunggu masa bersalin. Keluar... Cuma 2.7kg je. Kenapa ia berlaku? Baca entri : pengalaman kena induce okeh!
Aku pernah baca dari Majalah Pa&Ma keluaran November 2012... Di mana antara punca baby besar dalam kandungan menurut kupasan doktor ialah first... Faktor genetik. If masa kita lahir dulu bersaiz besar. Anak juga berisiko bersaiz besar. Selain tu... Diabetes di mana tahap gula dalam darah tak terkawal before pregnant or dapat time hamil juga menjadi punca kenapa bayi besar dalam kandungan.
Then... Menurut doktor... Jantina juga memainkan peranan penting. Di mana baby boy lebih berisiko tinggi bersaiz besar jika nak dibandingkan dengan baby girl.
Apa yang menjadi masalah... Bila kandungan besar. Ibu dan anak berkemungkinan berisiko tinggi semasa proses kelahiran seperti pendarahan, perineum koyak, patah bahu dan sebagainya.
Oleh itu... Pada aku. Aoa-apa pun. Yang penting sentiasa mendapatkan nasihat doktor dan lakukan pemeriksaan rutin kehamilan untuk mengetahui perkembangan bayi.
Lagi... Apa-apa pun yang berlaku. Pada aku. Itu semua ketentuan Allah. Setiap insan telah Allah tentukan untung nasibnya. Hakikatnya. Apa yang perlu kita lakukan. Banyakkan berdoa dan selebihnya bertawakal. Mensyukuri segala nikmat dari Allah itulah yang lebih afdal.
Wallahu'alam!
2 Comments
Tuhla...slalu bce crite psl bby bsar ibu hdpi mslh nk bslin...seriau ble bce
ReplyDeleteseriau bila baca bab2 koyakan dll tu.. saya tak kisah pun nanti anak saya kecik..yang penting dia sihat masa lahir..
ReplyDeletedan biarlah dia membesar selepas lahir..
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.