Assalamu'alaikum ♥,
Mesti ada sebab kenapa bertukar syampu kan... Kalau tak tak kan nak tukar. Kali ni nak share masalah Alia.

Alhamdulillah. Akhirnya... Dapat jugak atasi masalah Alia yang mengalami kegatalan pada kulit kepala... Setelah menggunakan baby shampoo drypers. Terbaik! Dah sebulan guna... 


Semuanya bermula lebih kurang 3 bulan lepas. Start dari lahir until lebih kurang setahun 5 bulan. Alia guna syampu johnson's baby color oren. Ok je. Terbaik! Tapi... Lebih kurang 3 bulan lepas. Alia asyik menggaru kepala. Then... Macam berkelemumur pulak tu. Risau pulak aku tengok.

Apalagi... Aku yang dok resah tengok Alia menggaru tawakal try tukar syampu. Kuasa bau yang sangat-sangat wangi pada drypers mampu menarik kuasa membeli aku. First time tukar syampu. Tak sangka pulak ok. Nasib baik. Padahal main belasah je beli. Cium wangi terus rembat. Sila jangan ikut okeh! Tu... Kesan setelah sebulan guna. Jadinya... Sekarang Alia guna baby shampoo drypers tu jelah. Tak tau sampai bila. Selagi ok. Selagi tulah guna kan...

Huhu... Aku jugak yang tak pernah bertukar syampu. Ada hajat nak tukar. Tapi... Sampai sekarang tak tukar-tukar.