Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... 2 hari raya. Duit raya Alia pun bertambah. Rezeki tu. Tapi... Aku tak kisah sebenarnya. Orang bagi ke tak. Yang penting nawaitu nak menziarahi sanak saudara. Tu je... Hikhik...
Dulu pun... Time aku kecik-kecik mana pernah merasa duit raya orang bagi. Takdelah! Jangan harap. Bukan macam budak sekarang. Zaman dah berubah...
Zaman sekarang... Budak-budak memang bertuah dan mewah. Tapi... Ada jugak yang tak reti nak bersyukur tau.
Raya 2 tahun lepas. Ada sorang budak ni. Datang rumah mak aku. Kononnya nak berjalan raya. Bukan kenal pun. Entah! Anak siapa entah. Disebabkan dah habis duit kertas RM1. Mak tak bagilah...
Sekali... Lepas bersalam. Di luar rumah budak tu membebel. Kata mak kedekut. Harap rumah cantik. Tapi... Tak bagi duit. Mak sendiri dengar tau. Then cerita dengan kita orang adik- beradik. Ewah! Lasernya mulut. Mulut takde insuran sungguh.
Tulah dia... Sekarang. Jadi macam trend budak-budak datang rumah sekadar nak duit raya. Dapat duit terus balik. Singgah pulak rumah lain. Senangnya mereka nak kumpul duit raya.
Sabo jelah ^_<.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.