Assalamu'alaikum ♥,
Lagi seminggu... Kita akan sambut raya. Mesti dah banyak persiapan raya dah dibuat kan. Raya tahun ni... kami 3 beranak ala kadar je. Baju pun sepasang sorang. Pakai baju raya tahun lepas pun takpe. Janji baju Alia wajib ada. Tema baju raya tahun ni... Kelabu asap. Hikhik...
Juadah pulak... Dah start buat sikit-sikit. Selain popia ikat... Hari ni mak dah start buat kuih 'cap'. Kuih bunga ros. Kat tempat aku. Ia disebut kuih cap. Kuih wajib ada tiap kali raya. Bak kata mak 'iboh lupak dengan kuih orang lamak'... Mean. Kuih traditional jangan dilupakan. Banyak gak mak buat. 1/2kg tepung biasa dan 1/2kg tepung beras. Almaklumlah 'nyangkong' family belah hubby gak. Tu yang buat banyak.
Aku suka kuih ros mak buat. Dahlah acuan bunga sebesar syiling 50sen. Cute je letak dalam balang biskut... Rasanya pun cukup manis dan ranggup. Memang tip top punya resepi. (***wajib puji mak sendiri). Haha...
2 Comments
Kuih kegemarannnnnnnnn
ReplyDeleteSuka kuih ni juga.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.