Assalamu'alaikum ♥,
Saban hari usia semakin meningkat. Budak kecik ni pun... Hari ni genap setahun 6 bulan. Makin cerdik dan Alhamdulillah! Sekarang dalam proses belajar bercakap. Dah reti ucap terima kasih walaupun still di hujung bibir... 'Seh... Seh' tu yang dok dikatakannya bila kita bagikan sesuatu kepadanya.
Murah dengan senyuman. Dah semakin tinggi daya pemikiran... Pantang tengok kerusi atau kotak. Confirm! Akan panjat. Sebab tu nak kena pantau selalu. Tau jelah budak baya Alia ni... Semua benda dia nak main. Tak pedulilah bahaya atau tidak.
Esok checkup di Klinik Kerajaan Sungai Koyan. Kena cucuk esok. Melalak atau tidak... Tak taulah... Berapalah berat Alia setahun 6 bulan ek! Selalu tak banyak naik... 100-200 gram je.
Alahai! Cenonetnya anak aku ^_^.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.