Assalamu'alaikum ♥,
Alhamdulillah... Hari ni dah raya ke-6. 2 hari dah balik umah mak aku. Dah sunyi dah kat kampung. Ramai yang dah start keja. Cuma cikgu je belum... Untung kan jadi cikgu ^_^.
Sekali lagi... Aku nak jugak share kisah gelagat Alia sepanjang beraya rumah mak mertua aku. Huhu... Amat memenatkan aku tau. Nasib baik anak sendiri. Sabar jelah. Bila celik je mata... Dah! Start nak huru-hara kan rumah terutamanya ruang tamu... Habis bekas kuih dan biskut dibukanya. Lepas tu... Ambik 1 masukkan dalam bekas lain. Kan dah bercampur. Bila kita ambik... Marah!.
Pastu pulak... Tak reti nak duduk diam. Keliling rumah je keja dia. Buka almarilah. Sampai satu ketika tu... Malang tak berbau. Tersepak cermin almari. Berderai!. Pecah... Nasib baik tak luka.
Banyak lagi cerita sebenarnya. Penat nak karang. Nanti aku sambung okeh!
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.