Assalamu'alaikum ♥,
*********************
Kat tempat korang berapa harga roti canai? Aku rasa masih murah tu di Pulau Pinang RM1. Kat tempat aku. Sebelum ni RM1. Dah naik minyak... Tak tau ler...
Siapakah harus dipersalahkan? Kerajaan ke Penjual?
Siapa?
Tang tu aku tiada jawapan. Kalau dah semua naik disebabkan minyak RON95 dan Diesel naik 20 sen semalam... Nampak gayanya nak kena kurang ler makan kat luar. Kena catu... Haha. Kena jimat. Malah nak kena duduk umah... Tak payah pergi mana-mana. Belajar hidup bersederhana... Bersederhanalah sangat.... Kalau orang zaman sekarang serba-serbi ada. Mana boleh susah wooo...
Teringat aku zaman tok nenek dulu... Kemain susah lagi dorang nak pegi sawah. Naik perahu bagai... Sekarang ni kat kampung aku. Siap naik kereta tu pegi sawah. Nampak... Nampak! Betapa pentingnya minyak kereta kat situ.
Hai... Nampaknya lepas ni. Turun keja, balik keja jelah jawabnya pada yang bekerja. Fuh!!! Boleh gila dibuatnya kalau semua nak kena jimat. Mana kualiti hidupnya.
Tapi kan... Bagi golongan berpendapatan rendah. Confirm! Terasa... Mana nak cekau duit? Kalau semua benda nak naik harga >_<.
Poning jugak dibuatnya... Huhu.
1 Comments
Hah, dah start naik ke? hmmm banyak lah kita kena jimat ni..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.