Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera,
Cutton Buds bahaya bila budak kecik tahu akan kegunaannya. Tengok jelah gelagat Alia.
Lupa letak cutton buds di tempat yang tinggi confirm dia ambik. Sebab tu... First thing bila hubby pegi keja. Benda pertama yang aku check cutton buds. Dah letak tempat tinggi ke belum. Pasai apa... Dah jadi habit hubby pepagi after breakfast wajib korek telinga. Alia pulak... Kalau dah hari-hari tengok. Mesti pandai nak ikut buat. Sifu kan dah ajarkan... Hikhik. Tapi... Takut haish kalau budak try korek telinga. Takut tertusuk ke dalam. Huhu... Nau'zubillah!
Susah... Bila ada anak kecik. Kesabaran kena tinggi untuk hadap karenah mereka. "Tak nak susah, Jangan beranak" Bak kata mak aku ^_^.
1 Comments
ada pulak tabiat ayah alia ni korek telinga ye patut la alia pandai sungguh menggayakannya
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.