Assalamu'alaikum, hai...
Tiga hari lepas umur Alia dah masuk 19 bulan. Kalau dalam kiraan spesifiknya... Setahun 7 bulan. Lagi 5 bulan... Umur Alia akan masuk 2 tahun.
Lately... Perubahan ketara yang teramat sangat pada dia. Suka tidur lewat. Bangun pun lewat. Kekadang tu... Sampai pukul 12 baru tidur. Macam semalam... Sampai 3 buah cerita dongeng aku baca. Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu... Semua ada. Still gak tak nak tidur. Selalu tak macam tu. Tak sampai separuh jalan dengar cerita. Dah... Tidur.
Tengok!
Dah gosok-gosok mata pun still masih nak lawan mata tu... Tak nak tidur. Sekali ayah ajak di tonton channel Astro Arena. Boring kot... Akhirnya dia tertidur jugak depan tv sekali dengan aku. Sabo jelah!
Sekali... Bangun pagi ni. Tengok dalam bilik. Sapa angkat kami berdua?... Haha. Hubby selalu jadi hero kami berdua. Sayang sangat kat hubby. Teman... Suami... Lawan. Semua ada... Yang tak pernah jemu layan kerenah aku dan Alia.
Ya Allah... Berilah kesihatan yang baik buat suamiku dan lindungilah hubunganku dengan suamiku ya Allah.
Sian... Hari ni hubby ada kelas ganti di sekolah. Untuk cover Raya Haji. Tak lama lagi Raya Haji.
Huhu... Raya haji tahun ni... Sambut kat quaters sekolah jer.
Sabo jelah baca cerita aku yang lompat sana... Lompat sini ceritanya yer...
6 Comments
cuti raya haji pun tak panjang kan + tengah minggu :)
ReplyDeleteAnn Ishak : Tu lah... Kalau balik kampung pun. Cuti habis atas jalan je. Tu yang cadang tak balik tu.
ReplyDeletealahai..makin membesar, makin bijak pndai dah dia..bnyk ragam..
ReplyDeleteSya Mimie : Ha'ah Mimie. Sekarang ni kemain dia. Macam2 kerenah. Beremosi pulak tu. Reti pulak dah nak merajuk bagai. Esok2 Mimie pulak akan hadapi benda yang sama. Hikhik... Tak sabar tunggu Mimie kawin.
Deletewah alia dah makin besar,akal pun makin panjang..nk tido lambat tu perkara biasa la..janji alia cuup tido..
ReplyDeletehero la ayah alia,klu en suami mau semput nak angkat bini beliau yg boleh tahan berat.muahaha..
tak lama lagi...mesti alia bangun kul 3/4 pagi..ajak main...hehehe..mesti badan fiza..slim melim..senang je cik abg angkat...hehehe..klu noe..mau pitam hubby nk angkat
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.