Assalamu'alaikum, hai...
Kisah hari Khamis time minum petang... Hubby gelak tengok donut aku seraya berkata "nantilah kita beli acuan donat sayang oi...".

Tengok! Donat aku. Kreatif tak? Haha...


Nafsu nak makan donut. Tapi takde acuan. Jadinya... Aku tibai buat lilit. Ambik mu. Habis jugak makan masuk mulut. 

Lately... Tengah rajin belajar buat kuih. Hehe... Sabo jelah dengan entri aku yang asyik tayang kuih yang tak cantik tu yer. 

Dulu tak ambik port pun bila mak buat something terutamanya buat kuih. Lansung tak terfikir pasal acuan bagai. Tak kisah lansung... Lagi kepala otak set fikir nak senang je. Tak reti buat. Beli je... Janji ada duit.

Tapi... Bila berjauhan dengan mak ayah. Duduk pulak bawah ketiak hubby... Jauh nun di pedalaman. Susah nak dapat bekalan makanan. Nak tak nak kena masak sendiri. No beli-beli.

Tapi kan... Syok! Jugak buat sendiri. Kepuasan tu yang penting. Dapat bagi anak dan suami merasa air tangan sendiri. Alhamdulillah... Cerita rezeki minum petang kami berlabuh di sini.