Assalamu'alaikum ♥,
Rasanya dah seminggu dah harga minyak naik right. Pastinya... Dengan kenaikan harga minyak 20 sen. Menyebabkan ramai yang mengeluh... Yelah! perbelanjaan semakin meningkat. So... Di kesempatan ini... Aku nak berkongsi tip cara mudah nak jimat minyak kereta. Info ni aku petik daripada beberapa artikel yang pernah aku baca dalam majalah wanita dan akhbar.
1. Fikir dolok mun nak pegi seni-seni mean berfikir dulu kalau hendak pergi mana-mana. Perlukah naik kereta ke tempat yang difikirkan. Sebagai contohlah ek! Katakan nak ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumah. 15 minit pun tak sampai. Tak kan nak guna kereta jugak. Apa kata cari alternatif lain. Jalan kaki ke... Boleh gak bersenam.
2. Try carik shortcut untuk ke sesuatu tempat juga membantu menjimatkan minyak kereta. Semakin kurang kilometer... Semakin banyak penjimatan mampu dilakukan. Yang ni... Kena expert pasal jalan. Hikhik...
3. Rancang perjalanan sebaik mungkin... Itulah yang terbaik. Sebagai contohlah ek! Katakan harini ada 5 perkara nak dibuat dalam sehari seperti bayar bil, beli barang dapur, isi minyak kereta, bahurui lesen kereta dan hantar anak ke sekolah. Rancang perjalanan dengan melakukan perkara yang didahulukan mengikut jarak tempat. Kalau boleh try elak berpatah balik. Sebab... Semakin kurang kilometer... Semakin jimat minyak kereta kita kan.
4. Membuat pembelian secara online juga salah satu cara untuk jimatkan minyak... Sebabnya tak perlu nak ambik kunci... Start. Drive dan shopping bagai. Kekadang bukan satu tempat je pegi kalau nak pilih. Online senang... Berejam-rejam hadap gajet gara-gara nak buat pilihan. Still minyak jimat right.
5. Lastly... Jangan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama. Cukup sekadar tidak lebih daripada 30 saat.
Begitulah antara 5 tip bagaimana nak jimatkan minyak kereta. Diharap ia dapat membantu kita agar lebih berjimat memandangkan minyak keta dah naik kan.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.