Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
Soalan tajuk... Aku percaya takde sorang pun perasan aku tak update blog. Cuma perasan sendiri tu je yang lebih.
Semalam sambutan hari Malaysia. Jangan ingat aku tak update blog... Kononnya turut serta menyaksikan sambutan hari Malaysia di padang merdeka, Kuching. Tengok kat umah jelah. Jauh haish... Tambahan, hujan turun sepanjang hari. Nak update blog pun malas. Mood kelaut... Lagi malang... Lansung takde coverage. Apalagi!!! Tengok tv jelah... Astro pun tengah full channel sejak Ahad. Tapi kan... Full channel pun... Bukan bernafsu sangat pun nak pulun tengok tv. 2 hari je pun free... Hubby bukak tv pagi ni dah back to normal. Mana ada benda free dalam dunia ni kan. Semua nak bayar.
Hujan-hujan... Perut pun asyik lapar. Sempat jugak buat pau kukus. Pau mudah je pun aku buat. 2 gelas tepung dapat ler 13 biji. Cukuplah buat kami 3 beranak minum petang. Dinner pulak. Sup ayam untuk Alia. Aku dan hubby layan makan laksa Sarawak koboi. Koboi pun koboilah, janji perut kenyang.
Alia tidur. Lepas sembahyang Isya' aku main candy crush. Happy dan lega woii lepas dari level 65. Lama jugak aku bertapa di level 65 baru lepas tau. Even hubby pun tolong selesaikan. Pun.... Sama tak lepas. Buat malu je. Entah! 2 hari lepas aku berjaya keluar dari kepompong. Haha... Orang tak expert main kan. Begitulah gayanya. Corak permainan pun takde law. Main hentam kromo je. Tapi... Aku main time free je pun. Tak hari-hari. Kalau rajin main, kalau malas... Berminggu-minggu tak main nak-nak bila stuck kat satu-satu level. Minta maaflah kalau nak teruskan.
Bila dah naik level. Sapa yang main. Mesti happy dan seronok kan?
Begitulah cerita sepanjang hari sambutan Hari Malaysia 2013 kami 3 beranak. Bersantai-santai di rumah je pun... Dah kecoh nak bercerita. Biasalah... Bila ada blog. Ikut sesuka hati je nak luah perasaan. Tak peduli pun dengan ayat tunggang langgang. Nasib ler sapa yang baca cerita aku yer.... Hikhik.
4 Comments
amboi rajinnya buat pau...elok menjadi nampaknya...kiranya ni edisi lepak2 kat umah la ni...bes kan...baru cuti rasa bermakna.. :)
ReplyDeleteNoe : lapar punya pasal plus teringin nak makan. Tu yang merajinkan diri nak buat tu.hehe... Tambahan hujan kan. Sepanjang hari lepak kat rumah.
ReplyDeleterajin ye buat pau :)
ReplyDeletememang seronok kalaudapat berkumpul satu family dalam rumah,lepak depan tv.. hihihi
Ros_reeza : Teringin punya pasal ros. Hehe... Tulah... Syok! Bila satu family ada kat rumah. Rasa meriah sikit even kami bertiga je. Hikhik...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.