Assalamu'alaikum, hai...
Dua hari cuti bukak fb. Coverage tak kuat. Lagi... Penyakit 'M' tak habis-habis. Tetiba pagi tadi terlebih rajin pulak nak bukak fb. Lagi... Line ok. Bengong! Hang ke apa line ni... Kejap ok, kejap tak ok. Macam takde beza pun guna postpaid atau tidak... Sama je aku tengok.
Nak dijadikan cerita baca status member kata " bulu matoku guguk a... Mesti ada orang rindu dengan aku" tu dalam Bahasa Sarawak... Yang berbunyi " bulu mata aku jatuh, mesti ada orang rindu kat aku". Korang percaya tak dengan andaian tersebut?
Tu... Pendapat orang dulu-dulu. Bila cakap pasal andaian orang dulu-dulu. Macam-macam ada. Ada tu... Kalau kita mimpi gigi tercabut sayang nak buang. Maksudnya... Ada sedara dekat meninggal dunia. Pernah tak dengar? Kalau kita buang pulak... Sedara jauh meninggal dunia.
Lepas tu... Ada yang kata. Rama-rama masuk rumah tanda ada tetamu nak datanglah... Mimpi dibelit ular... Nak kawinlah.
Macam-macamkan andaian orang dulu-dulu kan. Korang percaya dengan semua tu tak?
3 Comments
serius muni tak percaya..munkin benda berlaku secara kebetulan,pastu org tua dulu2 terus buat kenyataan sedemikian rupa.hehe
ReplyDeleteMuni : setuju dgn Muni 100%. Kebetulan tu yg buatkan org dulu2 buat kenyataan.
ReplyDeleteorg2 dulu susah utk berkomunikasi..x ada telefon..yg ada pun org2 kaya...andaian2 camni la yg diaorg guna..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.