Assalamu'alaikum... Hai,
Dah berapa bulan Eva puzzle mats dalam bakul aku beli. Sekejap je layan.... Lepas tu terbiar. Tapi... Semenjak 2 menjak ni. Alia dah mula menunjukkan minat untuk susun Eva puzzle mats tu. Seronok tengok Alia gigih menyesuaikannya. Keep it up sayang...


Tapi... Bila dah tak berjaya dan ambik masa terlalu lama untuk susun dan padankan puzzle tu. Mulalah buat muka muncung. Nak menangis ler tu. 


Lagi... Bila dia try tarik tangan aku. Cuba perangkap nak mintak tolong. Jumpa pulak mak kaki buli. Buli sikit je pun... Aku cuba tak layan permintaan dia. Hikhik... Sekali hwuaaaa... Menangislah dia. Taktik kotor budak bila tak dapat apa yang dia mahu. Sabo jelah!

Kalau aku buat macam tu... Menangis kat hubby mintak gelang seketoi... Agak-agak dapat ke tak ek? Hikhik...