Assalamu'alaikum, hai...


"Rajinnya Alia tolong mak", kata-kata hubby bila tengok Alia bawak bulu tali tu. Satu tepukan pasti ada... Sebagai reward untuk Alia. Ahad... Aku ngan hubby gotong-royong kemas rumah. Aku kemas dapur. Hubby pulak kat ruang depan... Alia. Tak mahu kalah. Bila ayah tak tengok. Dah! Dia curi ambik bulu tali tu. Dibuatnya penyapu... Tengoklah gaya dia. Menyapu konon. Rajin kacau je lebih...


Biasalah budak... Apa kita buat, dia pun nak buat. Kebiasaannya aku akan biarkan Alia melakukannya sendiri sambil dipantau. Tujuannya... Biarlah dia belajar sesuatu agar pergerakannya motornya semakin cekap. Budak sedang membesar seharusnya aktiviti mereka tak terbatas. Cuma... Kita as a parents. Kenalah ambik perhatian lebih.

Tapi kan... Alia memang rajin. Bukan nak menunjuk atau apa. Tak terniat pun. Serius... Bila kita suruh ambik itu dan ini. Ringan je tangan dia nak tolong. Semoga Alia rajin senantiasa yer nak.. Dan lagi menjadi budak mendengar kata :).