Assalamu'alaikum ♥,
Pada yang menduduki UPSR harini... Selamat maju jaya aku ucapkan. First day ujian. Mesti berdebarkan? Kepala lutut... Bergetar semacam. Tangan kaki sejuk tak terkata... Itulah pengalaman aku menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah dulu. Kecot perut woiii... Lagi mak dan ayah yang mengharapkan keputusan yang cemerlang dari aku.
Namun... Keputusan aku tak cantik mana. Ramai cikgu tak puas hati... Sebab masa tu aku antara best student tiap kali exam. Top2 dapat result tak gempak mana. Malu pun ado masa tu haishhh... Tapi. Mak dan ayah tak marah pun masa tu malah bagi sokongan untuk aku terus berusaha.
Walaupun result tak berapa nak cantik. Moderate level je. Still boleh sambung ke form one. Aku ingat lagi pesan cikgu. Jangan hampa. Sebaliknya terus berusaha. Gagal sekali bukan tentu gagal selama-lamanya. Yang penting usaha dan tawakal. Hidup tak kan menjadi manis andai tiada liku dan ujian dari Allah. Aku percaya... Sesungguhnya ujian yang Allah berikan pasti untuk menguji sejauh mana keimanan hambaNYA.
Tetiba terkenang zaman ambik UPSR dulu-dulu.
Sekarang aku bersyukur... Akhirnya matlamat untuk memegang segulung ijazah telah pun tercapai. Alhamdulillah!
1 Comments
percaya tak muni dulu upsr jawab exam rilex je?hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.