Assalamu'alaikum, hai...
Tak... Aku tak test upt pun. Jangan ingat aku pregnant tau. Belum ada rezeki lagi. Entah bila tak ingat... Terbaca kat status fb persatuan ibu-ibu mengandung. Ada sorang mom ni bertanya. Kiranya dilemalah pasal ujian upt dia. Test sendiri ceritanya. Dapat double line... Tapi samar. Dia nak tanya mengandung ke tidak. Hikhik... Macam-macam. Nak tau buatlah ujian kat klinik kan. Lagi accurate!
Tapi kan... Aku dulu pun buat upt sendiri jugak before ke klinik. Dapat double line samar. Lepas tu perasan pulak dengan perubahan diri yang sangat mendadak. Asyik pening... Period lansung tak kunjung tiba. Syak! Yang aku mengandung, namun tak nak mengharap. Tapi... Tak nak pening kepala pikir mengandung ke tak... Buat jiwa tak tenteram. Lepas buat upt. Terus hubby balik mengajar bawak aku pegi klinik.
Bla...bla... Aku cerita dengan Doktor dan Nurse. Sekali lagi buat upt. Sah! Aku pregnant. Nurse ada kata... Nak upt tepat... Buat je kat klinik atau hospital... Sebab alatan mereka guna lagi nampak linenya.
Hehe... Kiranya cerita aku ni dah basi. Flasback je pun. Teringat pengalaman pertama mengandungkan Alia bila baca status fb kawan. Tu yang nak merapu lebih tu...
Sabo jelah yer baca entri basi aku.
6 Comments
xbasi pun akak..ini mmg dilema org pas kawen.asyikkk tnya org sekeliling,pegi klinik cek xnak..eh anis plak over.hihihi
ReplyDeleteAnis : Tu lah... Nampak je perubahan diri -ve, sakit ke. Cepat2 bawak g hospital. Kita tak tau apa yg berlaku. Dari dok rumah pening pikir baik check kan...
ReplyDeletemse ank second dulu sy buat upt pun samar2 jugak...tp memg pregnant la
ReplyDeleteMimi Azirah : Samalah kita. Kata org. Bila nampak je line second waima samar sekalipun. Kebarangkalian pregnant tu tinggi. Tapi... Nak sahkan lagi pegi klinik lagi bagus kan. Hikhik.
Deleteingatkan alia nak dpt adik dah.hehe..
ReplyDeletemuni masa pregnant afia, nmpk jelas upt tu pun en suami ajak p klinik kompem,sabo jer la..:)
Hehe... Takde rezeki lagi Alia nak dpt adik Muni.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.