Assalamu'alaikum, hai...
Dah lumrah hidup... Tak mungkin semuanya indah dan baik right! Pasti ada kelebihan dan kekurangan.
Di sini aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku. Mungkin... Bila baca entri ini dan berada di posisi aku. Pasti... Ada yang akan berbuat perkara yang sama seperti aku... Atau mungkin lebih dashyat lagi kot... Ye tak?
Kami 3 beranak ni... Bila balik kampung. Transit kat hotel sampai 2 buah... Baru sampai rumah. Adalah tu... 2 tiga kali gak bermalam di satu hotel ni. Tak payah ler nak mention hotel mana. Then... Perasan. Tiap kali kami bermalam kat situ. Tiap kali tu jugak sorang minah ni jaga counter. Muka dia... Seriously! Memang cantik. Putih gebu... Kalau nak dibandingkan dengan aku... 10 kali ganda aku kalah. Memang... Cantik. Tapi sayang... Tak reti nak senyum. Muka 'menjus' (masam) je. Tak kisah ler... Tapi yang tak tahan tu... Tak reti nak sapa kita. Cakap pun semacam. Macam nak tak nak je layan... Takpe. Disebabkan dia... Sampai sekarang kami bertiga dah tak bermalam kat hotel tu. Tak pasal-pasal hilang pelanggan. Tapi... Tak rugi pun dorang. Cuma tu la... Just nak berkongsi dan take note... Ingat muka cantik, perangai buruk orang suka. Menyampah lagi ada...
Teringat aku dengan pesanan arwah nenek aku... Biar tak cantik, tapi penuh dengan budi pekerti yang tinggi. Dan... Semakin tinggi kita belajar... Waima sampai PhD sekalipun... Ikutlah resmi padi... Semakin berisi, semakin tunduk. Tak guna menyombong diri. Bukannya dapat pahala pun... Dosa adalah.
Tak rugi pun kita senyum kat orang... Tak luak pun. Sebaliknya kita akan disukai orang sekeliling. Insya ALLAH. Mata pun sedap memandang. Betul tak?
Note : Entri sekadar untuk peringatan buat diri sendiri.
8 Comments
ye,Ros pun pernah alami.. taksalah kita lemparkan sedikit senyuman,,. tak rugi apa pun kan :)
ReplyDeleteRos_Reeza : Betul tu. Dapat pahala lagi ada :)
Deletekalau hotel tu dia punya sekali pun tak semestinya dia kena 'menjuskan' muka dia.. lagi pulak dah mmg nya bukan dia punya hotel.. mana ada pekerja especially on front desk boleh buat muka sombong & tak ramah.. dah nama pun customer service kena lah mesra alam.. huhu
ReplyDeletedpt pahala free pun tak nak mmg sshlah..org macam ni jgn letak kt kaunter.bg dia cuci bilik hotel sudah.hehe
ReplyDeletepotong mood kan kalo org jaga kaunter muka cam tuh.. kalo tukang siram pokok bunga x de hal sgt. hehehehe
ReplyDeleteanis pn sedar tak sedar susah jgk nk senyum dkt org..tp kalau dh keja mmg jaga kaunter or mmg jenis kena entertain org mmg la kita patut senyum...husnuzon akak,mmg keturunan dia gitu kot..hehe
ReplyDeleteBila baca entry ni teringat mini mat yo hehehehe
ReplyDeleteOrg macam ni mesti double standard, jenis memilih org kan.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.