Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Pagi ni sempat jugak aku buat nasi lemak dan Donat untuk breakfast kami bertiga anak beranak. Hubby siap kata nak bawak bekal lagi ke sekolah. Hehe... Al-maklumla kat sini perkampungan non-muslim. So... Susah sikitla bab-bab makanan ni. Harap fahamlah yer. Kalau ada pun sebuah je kedai muslim. Tapi... Menu kat kedai tu... Tak berapa nak kena dengan anak tekak aku ( orang cerewet. Beginilah lagaknya. Padahal... Sendiri tak reti nak masak ). Nak tak nak... Rajin atau tidak. Kenalah masak jugak...
Berbalik pada tajuk. Before ni... Aku pernah share... Cerita aku buat donat lilit gara-gara takde acuan. Kali ni... Dah beli acuan... Boleh tayang donat yang gebu pada korang. Oppps!!! Bukan nak riak atau berlagak ok. Jauh sekali perasaan itu dari sudut hati... Yang ada... Hanyalah sekadar niat untuk berkongsi.
Last week tak silap ada baca entri Puan Kutu pasal Resepi Donat lembut dia. Rasa lebih kurang sama dengan resepi aku. Cuma sikit je lain. Resepi aku pulak untuk dapatkan donat yang lembut adalah seperti berikut:-
Bahan :-
2 gelas tepung
1/2 gelas air
2 sudu teh yis mauripan
1 biji telur
2 sudu minyak
2 sudu marjerin
Sedikit garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk penaik
Gula halus
Cara membuat :-
Gaulkan 1/2 gelas air dengan 1 sudu teh gula dan 2 sudu teh yis mauripan. Biarkan 15 minit atau sehingga berbuih.
Bila dah berbuih... Masukkan ke semua bahan dan uli sehingga dapat doh yang lembut. Kemudian biarkan 15 minit agar doh kembang sekali ganda.
Setelah 15 minit. Tumbuk doh tadi untuk membuang angin dan bolehlah diacuankan sekali gus di goreng. Then... Salut dengan gula halus.
Dah siap... Untuk dimakan.
Ke... Korang ada lagi resepi terbaik untuk donat agar lebih lembut? Kalau ada... Jom Share :)
11 Comments
Tak pernah try buat donut lagi :p
ReplyDeleteInvisible Me : Tryla buat. Hehe...
Deletesedapnya nasi lemak tu..donut tu pun membangkit selera..dah la belum sarapan lagi ni..nak sikit...:)
ReplyDeleteSura Mohd : Akak belum sarapan?
DeleteKalau dekat... Memang Fiza dah bagi kat akak. Hehe...
tak pernah cuba lagi buat donut sendiri.. ni dah ada resepi, macam nak try je..
ReplyDeleteRos_reeza : Ros tak pernah buat donat sendiri ek. Fiza kalau ada tempat beli. Jarang jugak nak buat sendiri. Hehe...
DeleteTryla buat :)
sedap la pulak..
ReplyDeleteMrs. Eady : Sedap... Bila air tangan sendiri yang buatkan... Kan?
ReplyDeletesedapppnyeeee!
ReplyDeletedah lah buat sendirik.. konfem buat dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih yer untuk resipi. nanti zura cuba.. hehehe
tak pernah lagi mencuba buat dinut sendiri.. selalu beli yang dah siap atau yang segera tu.. boleh cuba buat lepas ini guna resipi fiza..
ReplyDeletewah...nasi lemak n donut tu macam lagi sedap dari kt kedai tu...noe pernah buat donut tapi masa mula2 kahwin dulu...ada la 13 thn lepas...hahahah
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.