Assalamu'alaikum, hai...
Semalam tengok Halaqah TV9... Sebab hubby nak tengok. Best jugak isu yang diperkatakan. ... Mengenai manusia zaman sekarang jarang ke masjid... Kenapa boleh jadi macam tu... Itulah yang mereka kupaskan...
Masa iklan... Aku tukar channel kejap. Biasalah aku. Tak suka sangat tunggu iklan. Then... Tengok channel TV3. Eh! Boleh pulak ada rancangan Debaran Anugerah Skrin Ke-5. Awal Asha'ari pulak tu... Pengacaranya. Dulu ada ek! Before ASK... Ada up intro debaran bagai. Ke... Aku yang tak perasan.
Kiranya debaran ASK tu untuk memperkenalkan senarai pencalonan penerima anugerah ASK 2013 yang bakal berlansung 29 Nobember ni... Siapalah ek! Pemenang anugerah Yasmin Ahmad 2013. Kalau before ni... Tak silap aku... Pierre Andre. Ah!... Lantak ler siapa pemenang. Kalau ada masa tengok ler nanti. Tak berminat sangat pun nak tengok.
Lekat kat ASK kejap... Alia pulak tak sudah layan Ipin Upin sebelah... Join kuak lentang atas toto dengan aku. Biasalah... Kami 3 beranak. Bila malam je... Tengok TV mana pernah tak menonton dalam keadaan baring... Mesti wo. Apa yang best'nya aku pun tak tau... Alih-alih... Tengok Alia dah tidur. Semalam... Lewat giler dia tidur. 11.45 malam baru tidur... Siap aku boleh layan movie hindi Raavan lagi lepas tengok Halaqah... Sambil berblog. Ada Note... Boleh memudahkan kerja aku. Tapi... Serius!!! Boring giler jalan ceritanya. Kisah asyawara rai... Hish! Susah aku nak sebut nama artis sorang ni tau. Berbelit lidah aku... Yang kena tangkap dengan musuh suaminya. Dalam 14 hari bersama musuh suaminya. Boleh pulak dia jatuh cinta dengan musuh suaminya.
Huhu... Kalau tengok tv. 24 jam pun tak habis. Banyak sangat pilihan. Lagi... Sekarang ni ada add-on kemudahan seperti tonton online dan jugak youtube. Lagilah... Tak risau pun tak tengok.
Semalam pun... Final Super Spontan berlansung di Astro Warna. Tu pun... Aku tengok para blogger yang up'kan entri pasalnya. Aku kenal rancangan Super Spontan pun masa free channel hari tu. Tetiba pulak terpikat. Asal ada masa je... Confirm! Aku tonton online. Hehe... Biasalah bukan pelanggan channel astro warna katakan. Dengar cerita... Tu pun baca kat blog orang... Jep yang jadi pemenang Super Spontan 2013. Betul ke?... Nanti nak tengok ler. InsyALLAH...
Huhu... Bila ada masa layan tv. Semua rancangan boleh ulas. Sabo jelah. Tapi... Bukan selalu pun kan... Kan?
3 Comments
mama tengok semua separuh jalan.. hihi, sakit gigi menyerang..
ReplyDeleteRos tengok super spontan tu. iye,memang Jep yang menang :)
ReplyDeletemuni jarang tgok tv,sesekali tgok yg penting2 je macam final Super Spontan.tp mlm tadi lmbt sgt stat,tk smpt tgok dh smp london..letih sgt la tu.hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.