Assalamu’alaikum,
Selamat Petang.
Cara Connect Internet Handphone Dengan Laptop | Kalau semalam cerita aku berkisar tentang bahaya memanaskan makanan berulang kali... Kali ni pulak berkaitan dengan wifi handphone android.
Dah setahun jadi pengguna Samsung Galaxy Note dan guna bill untuk line internet… Tapi tak pernah terfikir untuk kongsikan line internet handphone dengan laptop. Lately… Note aku macam cepat low battery. Bila google… Kenapa battery Samsung Galaxy Note cepat habis? Rata-rata info yang aku dapat mengatakan ia disebabkan oleh terlalu banyak perisian dan penggunaan. Maybe ada betulnya. Hehe… Sebab 24 hours internet aku onn. Huhu…
Berbalik kepada cerita asal aku. Jadinya… Terfikir nak online guna laptop. Dah lama tak update blog guna laptop tau. Rasa rindu pulak nak ketang ketuk menaip guna laptop. Haha… Boleh pulak gitu yer.
Setelah aku google dan try… Akhirnya aku dapat kongsikan line internet handphone dan laptop dengan jayanya… Bolehla lepas ni tukar-tukar kan… Dan berikut adalah steps untuk setup setting android yang aku maksudkan.
Masuk ke Menu [Setting]
Klik [More Setting] maka akan muncul Menu “Wireless and Networks”
Klik [Tethering and Portable Hotspot]
Di Menu “Tethering and Portable Hotspot”, Klik [Configure]
Masukan Nama yang diinginkan ke dalam kotak “Network SSID”
Pilih “Security” dengan [WPA2 PSK]
Masukan Password yang diinginkan.
Klik [Save]
Rupanya senang je nak tukarkan settingnya. Hehe… Sekarang dah boleh guna :)
9 Comments
hehehehe.. zura memang dah lama guna cara tuh. selalunye bila blk kg sebab wifi P1 kat kg x de.. so, pakai line tenet umobile zura kat note 2 nih. so, hubby pon leh on9. tapi batery cepat habes kalo share tenet nih. perasan x?
ReplyDeleteNafira usof : Tu la Zura... Still bateri kong. Huhu...
Deletehurmm mmg dah lama Zaza buat mcm ni.. kalau guna line internet unlimited lg best sbb boleh serve lama2.. kalau pakai data plan yg ada limit nnt cpt plak habis data plan sebulan :)
ReplyDeleteSama gak kak... klu share kat lappy pun bateri hp pun cepat habis gak.. sbb ida pun selalu gak share internet kat tablet ida...
ReplyDeleteperkongsian yang baik fiza.. pernah mencuba guna smartphone adik.. tapi cepat panas smartphone dia.. better guna broadband..
ReplyDeletenak tanya internet dekat handset tak boleh connect tapi komputer oleh kenapa ya
ReplyDeleteKalau boleh tahu, handphone jenis apa ye?
DeleteKenapa tak boleh guna walaupun dah 'connect' pada hotspot ??
ReplyDeleteBoleh printscreen tak cara awak connect.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.