Assalamu'alaikum, hai...
Semalam... Tengok tak playboy itu suami aku, episod 1?
Not bad'lah ceritanya. Entah... Boleh ke tidak kalahkan hits tontonan love you mr. Arrogant yang dengar khabarnya mencecah 4.6 juta.
Episod 1 semalam intro je... Babak-babak conflik di antara adik beradik kembar tak seiras antara Fisya ( Chacha Maembong )... Dan Afina ( Nur Risteena ). Dalam cerita ni... Fisya digambarkan sebagai seorang kakak yang tak menyukai adiknya, Afina. Suka bersosial dan tak nak cari kerja. Manakala... Afina pulak digambarkan sebagai budak baik berkaca mata besar. Tak suka bersosial dan habis je belajar terus kerja di sebuah kedai bunga.
Hurmmm... Realitinya. Ada ke twin yang tak suka antara sesama dorang? Setahu aku... Biasanya twin selalu sehati sejiwa.
Ok! Lupakan bab tu... Drama bermula apabila Afina menunggu bas. Lalu sebuah kereta mewah milik king... Rempuh lopak air... Dan akhirnya menyebabkan Afina basah. Sian... Dahla nak kena cepat pegi keja. Dah tu... Si empunya kereta mewah pulak selamba badak tak minta maaf pun. Afina sangat marah... Dan dia tak tahu si empunya kereta mewah tu adalah raja Adrian. Anak orang berada. Tapi sayang. Kaki perempuan atau dalam bahasa omputihnya... Playboy!!!
Sampai di kedai pulak. Afina perasan kereta yang rempuh lopak dan menyebabkan dia basah... Parking depan kedai. Tapi... Dia tak tahu pun siapa punya. Sampai di kedai pulak jumpa sorang mamat tempah kemain banyak lagi bunga. Afina terpesona dengan ketampanannya... Masa jejaka tu nak balik dan masuk kereta. Afina perasan terus marahkan king...
Dah abis... Apa jadi lepas tu. Kenalah tonton episod 2 playboy itu suami aku malam ni. Insya ALLAH... If ada kesempatan nak jugak tengok second episod malam ni.
Hehe....
Kalau best boleh layan. Kalau tak... Layan cerita lain ler jawabnya.
9 Comments
kita tengok sikit je semalam.. sebab macam boring sket episod 1 tu..
ReplyDeletelagi pn tak suka dengan chacha maembong tu.. hehe
Waa mesti best pelakonnyer pon comey tu...
ReplyDeletetak sempat tengok tv sekarang ini.. asyik miss nak tengok cerita tu..
ReplyDeletesetakat 2 episod nih x de lagi part yang membuatkan zura melekat dgn citer nih. tak macam citer LYMA haitu.. hehehehe
ReplyDeleteIda masih belum berkesempatan utk menonton citer ni
ReplyDeletesempat jugak layan cita tu smlm..ok2 laa kan..xleh nak ckp xbest lg sbb baru episod 1..hehe
ReplyDeletebelum menyempatkan diri nak tgk citer ni..pelakon x brapa kenal, ilang plak keinginan nak menonton..tggu review seterusnya lah..kalau best, baru tengok..heee
ReplyDeletex sempat nak menonton lagi...
ReplyDeletesy kurg citer nih..nk jugak LYMA..huhuhu
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.