Assalamu'alaikum, hai...
Alia bukan takat suka kacau bapa saudara dia. Malah... Macam-macam ragam ada...
Bukan senang bila ada anak kecik. 24 hours kena pantau. Baik buruk bukannya tahu pun nak bezakan. Yang dia tahu... Nak selongkar dan bermain. Rumah tok sah cerita... Seperti tongkang pecah dibuatnya...
Kekadang tu... Almari terpaksa ikat dengan tali. Bukan apa... Kang habis perhiasan kaca diselongkar. Kalau pecah takpe... Jangan pulak dia yang cedera.
Nak marah... Memang tak masuk akal. Budak tu. Nak tak nak... Pot pet... Pit pet jelah explain... Apa yang patut.
Bila penat... Jam 12. Time untuk aku masak. Sebagai penghibur. Aku bagi handphone kat Alia. Senang keja aku. Layan 94 video kat dalamnya. Haha... Actually, aku download educational video untuk baby je. Tengok pun ikut masa tertentu. Aku tak naklah dia leka 24 hours pegang handphone. Kang tak boleh berengang dengan handphone... Naya aku. Part cari video kat gallery. Tok sah cerita. Alia dah expert cari sendiri. Sabo jelah...
Kekadang tu... Kalau malam. Bila tengok upin ipin. Alia boleh tertidur tu tanpa di dodoi. Macam-macam kan karenah anak kecik.
13 Comments
tengah panjang akal..macam2 nak dibuatnya..comeynya dia..suka ngan rambut tu..:)
ReplyDeleteSura Mohd : Tu la kak. Sabo jelah dgn kerenah dia. Rambut asli tu kak... Bukan buat kat kedai. Hehe...
ReplyDeleteTengok kerenah Alia ni, rasanya sebijik macam perangai anak perempuan saya. Rasanya macam sebaya je. Letih jugak melayan anak umur 2 tahun ni, semua benda nak dipanjatnya. Semua benda dia curious. Haha
ReplyDeleteSylarius Yusof : Alia setahun 9 bln. Lebih kurang sebayala tu. Tu la... Letih jugak nak layan :)
Deletemmg camtu lah kerenah anak2..samalh dgn m3h ni
ReplyDeleteMama3heroo : tu la... Namun sekali-sekala tercuit jugak hati bila tgk telatah anak kan :)
Deletekanak2 memang macam ni nanti bila mereka membesar kita pasti merindui saat seperti ini...ana singgah sini..
ReplyDeleteAnajingga : Betul tu. Fiza setuju dgn ana. Sekarang pun fiza terasa rindu time alia masih bayi lagi.
Deleterajin berkemas yer fiza anak dara ni...he he he...
ReplyDeletehih...kat nset nana siap dowmload da ceta upin ipin boboiboy utk anak buah tgk...kalau dalam kereta sangat berguna,takda la dia melasak:)
ReplyDeleteNanakimie : fiza pun sama. Berguna time dlm kereta. Senang nak control bila dia layan movie di handphone :)
Deletecomel je kan tgk gelagat dia...mmg comel klu budak2 ni...baru nak explore dunia nya kan...:)
ReplyDeletepandai alia,bagusnya alia tak dihempuk plak hp tu..gelagat anak2 kecil ni mmg penghibur
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.