Assalamu'alaikum, hai...
Kalau entri pagi tadi berkisar tentang cara berkongsi line internet... Cerita kali ni pulak mengenai... Masa aku masak kat dapur tadi time tengah goreng ayam... Tetiba minyak terpecik di lengan aku... Dan tetiba otak boleh pulak flasback beberapa tahun yang lalu.
Zaman... Mula-mula baru masuk alam remaja, masa tu masih terkial-kial belajar memasak dengan arwah nenek... Siap pakai tudung salji tu buat perisai time mengoreng ikan atau something. Kononnya takut kena percik dek minyak. Bila diingatkan balik. Tersenyum kambing dibuatnya. Hehe... Malu!!!!
Namun... Itu hanyalah sementara bila nenek bagi petua elak pecikan minyak. Bila minyak dah panas masukkan sikit garam je pun... Dah settle. Takdela minyak nak terpecik sangat. Alhamdulillah... Sampai sekarang still guna petua itu terutamanya bila goreng sotong bertepung. Confirm!!!! Tak boleh tidak. Tak sanggup aku weii bila masak sotong goreng yang meletup-letup dalam kuali. Serius...
3 Comments
Hahaha, sy pernah jgk wkt zaman sekolah rendah dulu, kononnya nak jd lelaki yg pandai memasak, goreng telur mata je tp minyak percik2, luka leher, lepastu terus takut nak masak hahaha ;p
ReplyDeleteHanih Borhan : Thanks yer kerana sudi singgah. Bila dikenangkan kisah yang lalu. Terasa lucu pulak kan... Hehe...
Deletebaru tahu petua ni.. nak cuba juga la lepas ni..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.