Assalamu'alaikum, hai...
Suka tak?... Kalau ada sedara atau teman kita bermegah-megah... Cakap besar depan kita. Kalau kat Sarawak... Bercakap besar disebut 'lawa'.Sebagai contohla ek! Si Fulan ni kemain lagi... Bangga yang anak dia belajar di oversea. Hari-hari dok memuji anak dia depan si Bedah. Kata ambik PhD la... Bijak la... Membanggakan mak bapak la. Pendek kata menggunung tinggila pujian dia... Sampai bingit telinga dengar. Tu aku yang cakap... Reaksi si Bedah tak tahu lagi.
Kalau korang... Berdepan dengan orang macam ni. Apa korang buat?
Adakah korang berdiam diri atau marah balik pada si Fulan? Cer jawab sikit... Hehe...
Aku sukala nak share pendapat Ustaz Kasim Elias... Dalam kalau dah Jodoh... Mengenai cara menghadapi orang yang suka bercakap besar. Ni... Aku dapat pagi tadi... Tengok siaran ulangan ustaz Kasim Elias bersama Abby Yus dan Shuib
First... Menurut Ustaz Kasim. Cuba mendiamkan diri... Sebaik mendengar rakan atau sedara bercakap besar.
tu cara pertama bagaimana nak hadap orang yang 'lawa'. Tapi... Kalau aku... Memang tak boleh diam diri. Sapa suka dengar orang asyik bercakap besar... Hari-hari dok ulang perkara yang sama... Macam kita ni pelupa tak ingat... Boring weh!!!
Dan cara kedua... Balas balik dengan cara berhemah... Biaq sedar sikit. Macam mana tu... Cara ni aku suka. Bila si Fulan bercakap besar. Kita balas balik dengan bercakap besar jugak... Lagi besar dari dia. Baru tahu... Siapa besar!!!... Kasi sedar sikitla kan. Tapi... Biarlah dengan cara berhemah... Jangan sampai bergaduh sudah!!! Lain jadinya nanti.
Pada aku. Hidup ini... Biarlah besederhana. Tak perlu nak bermegah. Mungkin... Kita hanya hebat di mata manusia... Tapi... Pada Allah... Takde siapa yang tahu. Wallahu'alam....
14 Comments
dulu pernah juga berkawan dengan orang suka cakap besar ni.. hanya mampu menjadi pendengar setia dia sajalah.. ada tu jenis suka cakap besar dan kelengtong, dari 10 yang dia cakap 1 pun susah nak percaya..
ReplyDeleteMizz Aiza : Ok lagi kalau cakap besar, tapi betul. Kalau dah cakap besar... Tapi kelentong tu lagi dashyat. Teruk sungguh perangai gitu :(
Deleteade mase layankan aje..ade mase buat dek je..ade mase buat buat pekak je..hehehee...
ReplyDeleteMrs. Eady : Tu la... Kekadang berdiam itu lebih baik kan :)
Deletenang rami orang perangey macam tok kak..rasa dirik bagus gilak..melawa jak kija...mcm anak nya sorang jak bagus..anak org lain sik..
ReplyDeleteCikgu Vina : bena kata ktk. Mun org kedak ya kelakar depan kita. Pandey rasa rendah dirik kita oleh sidaknya. Kelakar bukan main melambung jak. Ingat orang lain sik kedaknya juak.
Deletekalo zura, rasanye lebih suka diam jer. hahahahaha. dalam hati meluat. hahaha
ReplyDeleteZura : Ha'ahkan... Memang meluatkan.
Deletenasib baik jarang jumpe orang yg cakap besar ni..biasanya kalau jumpa orang camni..memang diamkan aje..malas nak layan..hihi..
ReplyDeleteSura Mohd : Tu la... Nasib baik jarang jumpa. Kalau tak... Pening juga nak hadap. Hihi...
DeleteKalau ida, ida akan diam jer...atau iyerkan saja...tp kalau dah banyak kali dia ckp benda yg sama, ida akan tegur dia dan ingatkan dia balik "Eh berapa kali nak cakap"... pastu tu terdiam lah dia.
ReplyDeleteKak Fiza, ni blog ke 12 ida bw malam ni baru ida dpt tangkap Chipmore, kat blog orang lain asyik churpChurp jer ;)
ReplyDeleteselalu jugak berhadapan dengan yang jenis macam ni... kalau Ros, diamkan je.. malas nak cakap apa-apa, tak nak tambahkan lagi point dia nak bercakap.. hihi..
ReplyDeletehehehe...lawan..baru tahu sape plg besar...hehehe
ReplyDeletenoe biasanya klu org camni...layan jer..pastu tambah lagi kasi dia lebih lawa...kalau dia kata dia ada kereta besau...noe akan tambah "ish ko sorang je mampu pakai kete besau kt bandar ni...terror la ko"...hehehe..kasi up lg...
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.