Assalamu'alaikum, hai...
Semalam hubby nak tengok bola di astro arena. Aku pulak nak tengok Akademi Fantasia di astro Ria. Untuk berlaku adil. Tengok AF dulu... Iklan je... Tukar channel... Haha. Sampai begitu sekali nafsu kami berdua nak tengok tv. Alia jugak yang still cool layan educational song di handphone. Hehe... Sabo jelah!
Bila sampai part siapa yang tersingkir?... Mula-mula Dato' Siti announce Amira terkeluar. Oh! Rasa macam tak percaya yang Amira terkeluar di minggu ke-8 AF. Sebabnya... Bagi aku... Best apa suara Amira nyanyi. Unik!!!
Tapi... Hampeh! Baru Amira nak melangkah keluar tarik bagasi... Tetiba Amira disekat. Rupa-rupanya tiada penyingkiran. Ambikmu. Gimik je tu... Astro dah aturkan kot perjalanan AF. Apa pendapat korang?
This weekend. Kami 3 beranak tak ke mana-mana. Duduk rumah je pun. Tu yang banyak sangat masa untuk tengok tv bersama. Nak keluar pun... Rasa malas. Nak-nak sekarang ni. Kat luar macam dah tak selamat dah. Sana-sini kita dengar kes tembak-menembak. Kes ragut, kes bunuh. Jadinya... Ada sedikit ketakutan nak keluar rumah...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.