Assalamu'alaikum, hai...
First things, ada ke jenis manusia yang begitu rigit untuk menyesuaikan pakaian mengikut hari?. First question terlontar di ruang legar fikiranku sebaik sahaja mata terpaku melihat tajuk artikel 'PILIH WARNA PAKAIAN IKUT HARI' pada halaman 50, Majalah Wanita keluaran minggu ini. 


Sumber gambar dari blog hazanis.blogspot.com

Tapi tidak mustahil, kerana pada zaman sekarang, ramai wanita yang mementingkan fesyen dan penyesuaian warna dalam berpakaian. Betul tak?. Malah ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata ingin tampak anggun lagi bergaya. Siapa tak nak kan...

Alang-alang dah baca, teringin jugak nak berkongsi info mengenai pemilihan warna pakaian mengikut hari di mana, menurut artikel tersebut ialah seperti berikut :-
  • Pakaian Berwarna Putih adalah dikatakan sesuai untuk dipakai pada hari pertama bekerja, yakni hari Isnin kerana Isnin merupakan hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah. Malah, mengenakan pakaian putih pada hari Isnin juga dikatakan mampu membantu si pemakai menjadi lebih bersemangat dan bersedia hadapi cabaran dengan tenang.
  • Pakaian Merah Jambu atau Unggu pula dikatakan sesuai dipakai pada hari Selasa. Ia dikatakan mampu membantu seseorang untuk meluahkan perasaan sayang pada pasangan.
  • Manakala untuk hari Rabu, warna pakaian yang dikatakan sesuai adalah pakaian bewarna Biru. Ini kerana ia akan memberi pengaruh terhadap kemahiran berkomunikasi dan menjadikan diri lebih berani menyuarakan pendapat.
  • Hari Khamis pula, pakaian yang dikatakan sesuai adalah pakaian yang bewarna kuning atau oren. Kenapa? Menurut artikel tersebut lagi. Warna oren atau kuning dikatakan mampu memantulkan tenaga dan menjana IQ yang lebih kreatif. Selain itu, warna oren juga dikatakan mampu meransang sistem kesuburan si pemakai. Sampai macam tu sekali tau.
  • Then, Jumaat pulak  warna pakaian yang dikatakan sesuai adalah warna hijau. Hijau dikatakan mampu memberi pengisian untuk diri.
  • Hari Sabtu pula, warna pakaian yang sesuai adalah Merah. Secara psikologi warna merah dikatakan mampu membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah.
  • Lastly, untuk hari Ahad warna pakaian yang dikatakan sesuai adalah pakaian bewarna hitam. Warna hitam dikatakan mampu membuatkan si pemakai berasa berada dalam zon selesa.
So, tu antara 7 jenis warna pakaian yang sesuai untuk 7 hari dalam seminggu. Lepas ni bolehla praktikan. Namun, untuk wanita muslimah pasti bukan sahaja pakaian dititikberatkan malah tatarias wajah dan tudung juga turut diambilkira. Nak kelihatan anggun bergaya dengan tudung. Jemputlah baca entri sebelum ni yang bertajuk 'Rahsia cantik dengan pemilihan tudung yang betul'. Selain itu, bagi penggemar gincu berwarna coklat, nak tahu cara memilihnya. Jemputlah baca entri 'Bagaimana memilih gincu bewarna coklat mengikut warna kulit'.

Bagaimana? Entri kali ini lebih kepada kecantikan. Biasalah... Wanita dan kecantikan mana mungkin dapat dipisahkan... Kan. Pada yang sudi baca entri aku, terima kasih tak terhingga aku ucapkan. If ada masa, singgahla banyak kali. Hehehe...