Assalamu'alaikum, hai...
Untuk melakukan sesuatu yang baru. Kebiasaannya, aku lebih suka cari di google dan membuat penilaian. Alhamdulillah... Setelah membuat survey dua tiga hari. Aku cuba untuk cashout nuffnang aku pada 29hb Oktober 2013 dan dapat email dari HSBC mengenai pembayaran pada 29 November 2013. Manakala cheque sampai ke rumah pada 12 Disember 2013.


Alhamdulillah... Proses cashout Nuffnang aku berjalan dengan lancar dan cepat. Ini semua berkat ilmu yang blogger-blogger senior kongsikan berkaitan bagaimana untuk cashout nuffnang tanpa sebarang masalah, tips untuk cashout nuffnang dengan cepat dan sebagainya.

So, alang-alang dah bercakap pasal bagaimana cara dapatkan cek nuffnang dengan cepat. Di sini nak share lah jugak apa yang dah aku buat. Pertama... Untuk dapatkan cek nuffnang dengan cepat selepas sebulan. Kenalah berstatus gliterati. Yang non-gliterati tu... Tak silap aku kena tunggu 2 bulan. Baru dapat.

Kemudian... Nak buat cashout kenalah hari bekerja antara 28 atau 29hb. Last... Nama atau biodata kena sama dengan kad pengenalan untuk elak kena reject. Rasanya 3 perkara ni je paling penting untuk cashout earning nuffnang. Diharap ilmu yang sikit ini membantu rakan yang lain yer :)