Assalamu'alaikum, hai...
Lagi kisah pasal makanan. Kalau tadi aku share tentang sambal belacan buah bambangan. Kali ni pulak tentang beras.
Semalam sampai Kuching terus ke Giants beli barang sikit. Nak beli beras lembut sebenarnya. Sekarang ni Alia dah reti memilih bila makan. Kalau nasi keras sikit. Mesti mulut dia membebel kata 'takmo...takmo...'. Geram aku nak gigit mulut dia. Alia sekarang dah pandai bercakap. Aku rasa... Sikit masa lagi mesti petah bercakap.
Puas cari... Aku terus rembat beras special Moghul Basmathi. 1kg/RM9.90. Memang sedap rasanya. Lembut je. Tengahari tadi... Aku masakkan nasi moghul basmathi. Selera betul Alia makan. Tapi tu la... Kalau beli 10kg terus... Confirm! RM100 harganya. Tapi... Bertiga lagi bolehla makan nasi Moghul Basmathi ni sebab 10kg tu sebulan makan. Kalau dah bertambah ahli family... Nak kena fikir dulu kalau nak beli. Haha...
Dasar kedekut sungguh!
9 Comments
pandai dah alia. hehe petah betul.
ReplyDeleteAsha Hana : tu la hana. Banyak karenah. Sabar jelah... Hehe.
ReplyDeletetunggu giliran farah pula fiza.... hi hi hi....
ReplyDelete*beras ni kalau masak nasi goreng sedap sebab peroi jer tak mcm sesetengah beras... rasa cam pulut bila masak nasi goreng....
Sesekali beli boleh lah kot masa nak masak nasi beriani ke...
ReplyDeletetak pernah lagi membeli beras ini.. mahal harganya tentu sedap dan berkhasiat..
ReplyDeletebukan kedekut fiza,berjimat cermat..zaman skang semua benda mahal kan..kena la usaha mencari yg budget disamping tak mau selera anak terabai..:)
ReplyDeleteDah start pandai cakap ye anak dara tu..hihik..
ReplyDeletesedap lah makan berasmathi...:)
bukan kedekut, tapi berjimat.. hihi.. memang nak kena fikir dulu harganya kalau nak beli banyakkan..
ReplyDeleteberat ni memang mahal kak.. mak kta beli bila teringin je..hehehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.