Assalamu'alaikum, hai...
Masih dara... Orang akan tanya, bila nak kawin? Bila nak kerja. Bila dah kawin, soalan lain pulak akan diajukan... Bila nak ada anak? Berapa orang anak?... Dah ada anak... Bila nak tambah anak?.
Adoi! Sampai ke tua soalan sebegitu akan hinggap di telinga. Yelah! Bila dah tua... Orang akan tanya pulak, dah ada cucu belum? Kalau yang ada anak tu takpelah jugak... Boleh cover baik punya nak jawab soalan sebegitu.
Bagaimana pulak dengan insan yang belum dikurniakan anak selepas bertahun-tahun dah kawin. Malah... Sampai ke tua takde anak. Apa perasaan mereka bila diajukan persoalan sebegitu. Kita kena jaga air muka orang jugak. Nak tanya tu biarlah berpada-pada. Kalau tetamu datang umah takde bawak anak. Janganlah tanya pasal anak. Tanyalah soalan lain. Banyak lagi soalan lain yang boleh kita tanya.
Dulu... Pernah terjadi tau... Kawan aku ni. Aku panggil dia kakak. Umur dia sekarang 35 tahun tak kawin lagi. Kadang-kadang tu dia lansung tak nak keluar rumah. Yelah... Orang asyik tanya bila nak kawin... Sampai dia naik malu katanya. Nak buat macam mana kalau seru tak datang lagilah kan...
Pada aku... Nak tanya tu biarlah berpada-pada. Manusia bukannya sama. Ye tak?
4 Comments
Betul tu Fiza..kalau nak bertanya pun kena tgk situasi..jgn lah smpai mengecilkan hati org.. silap2 dpt dosa free lg bila yg kita tanya tu 'terkecil hati'..
ReplyDeletemulut tempayan boleh tutup fiza,mulut org takde insjurans..yg pentig kita yg ditanya soalan tu kena bersedia berdepan dengan sitausi soalan cmni..tak payah stress dan hadapinya dengan tenang..:)
ReplyDeletehmm hmm. org kampung yang selalunya mcm nie. T_T
ReplyDeleteBetul. Berjaga-jaga dalam bertanya. Kalau kita sendiri pun tak suka, mestila orang pun tak suka soalan sensitif gitu :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.