Assalamu'alaikum, hai...
Sejak umur dah setahun 10 bulan ni. Banyak perkembangan Alia yang membuatkan aku tak sabar untuk mencatatnya. Biasalah first son... Keterujaan tu lebih. Ye tak?. Nanti kalau dah ada anak dua tiga empat orang. Mampukah aku untuk up entri pasal mereka satu... Satu. Haha...
Kemain serius muka si dara melayan bbtv. Hehe |
Sekarang Alia dah mula pandai bercakap walaupun masih dua patah perkataan dia ucapkan. Aku bersyukur... Maybe. Benarlah kata orang tua-tua. Budak perempuan cepat pandai bercakap dari lelaki. Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam. Mungkin ada mama di luar sana berpengalaman tentang perbezaan antara anak lelaki dan perempuan... Pada pandangan korang, Siapa lagi cepat pandai bercakap?
Paling seronok... Bila aku takde di depan mata dia... Confirm! Dia akan cari dan panggil aku " o... Mak. Mak! "... Disebabkan teruja mendengarnya. Aku selalu sembunyi... Dan biarkan dia mencari dan menjerit. Haha... Pembuli betul!
Selain tu jugak... Alia dah reti "madah" ( maksud beritahu dalam bahasa Sarawak ) yang dia "Boo... Boo " dengan bahasa dia sendiri " ek... Ek ". Sebab... Aku yang ajarinya sebegitu. Cuma still berlatih lagi...
Yang tak tahannya tu... Dah berak... Barulah dia bagitau aku " ek... Ek... Cuci ". Haha... Tapi, takpe... Bagus tu... Pada akulah... Walaupun dah berak baru bagitau. Sekurang-kurangnya... Alia dah mula dalam proses berlatih untuk free drypers. Good job sayang...
9 Comments
Hihi..cute kan klu anak dah start berckp fiza.. Pa'e dulu awal jg dah start sebut Baba.dalm setahun lbh dh boleh sebut ayat2 mudah.. kang dah pandai, sedialah minda nak jwb soala2n mencabar..:)
ReplyDeleteaah kan.rara pon sama,mampu ke nk up entry pasal anak nt.hehe.hmm princess pon sama,kalau berak,dia akan ckp,uk uk,hehehe.
ReplyDeletebetul la tu..hehee..
ReplyDeletememang banyak kesabaran melatih anak free diapers ni..alhamdulillah si Afif dah pun berjaya...umur 2 tahun setengah hari tu dia baru pandai x pakai terus..pergi berjalan pun dh x pakai..In Sha Allah kalau rajin melatih cepat la Alia x pakai diapers...
ReplyDelete*amboi bukan main serius Alia melayan cerita..
Assalammualaikum...fiza,
ReplyDeletewahh tabah melayan kerenah anak.. sabar .. proses belajar x pakai pampers.
mselim3
hehehehe.. ibu buli Alia yer..
ReplyDeletetapi memang betol kan Fiza. bila dengar suara anak2 panggil mak dia.. rasa cam comel jer. kiut sgt!
tak lama lagi boleh free pempes lah tu~
hehehhe comel je. tak apa lama2 dah pandai la tu. :)
ReplyDeletesalam singgah pagi selasa:)
ReplyDeletesekali pandang dh mcm budak tadika..hehe beso dh dia~
ReplyDeletebetol akak,anak sedara anis boy,3tahun cakap still xpaham..uhukk..bg diorg masa
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.