Assalamu'alaikum, hai...
Rindunya... Dua hari tak update... Dua hari jugak aku tak blogwalking. Mood spoil bila air takde. Tiga hari air takde tau... Nasib baik ada stok air... Semalam baru ada air. Sabo jelah ^_<.
Hari ni... Aku kembali ke gelanggang. Semalam lepas tengok masterchef... Aku terus buat inti untuk kuih lenggang. Oh! Ya... Kuih ketayap atau gulung sebenarnya. Tapi di Sarawak, ia dikenali sebagai kuih lenggang. Teringin punya pasal... Tak kira, first time buat pun... Nak jugak buat. Jadi atau tak... Belakang kira. Dah siap inti... Masuk dalam peti sejuk selepas intinya sejuk. Pagi tadi lepas subuh, terus melenggang... 3 bijik baru siap... Terus ambik gambo... Haha.
Menjadi! Alhamdulillah... Rezeki breakfast kami bertiga pagi tadi beserta telur rebus dan nasi goreng cina. Lumayan jugak sih... Hehe.
Itu cerita aku buat kuih gulung yang paling senang aku rasa. Tapi cerita masterchef semalam... Peringkat separuh akhir... Brian, Selina dan Zamir bertarung dengan resepi berasaskan seafood. Tapi... Rezeki tak menyebelahi Brian... Dia tersingkir semalam. Untuk final, Selina akan bertarung dengan Zamir malam ni. Rasa-rasa siapa juara masterchef all star kali ni ek?
Kalau tanya aku... Berdasarkan pengamatan dan ketelitian dalam menyediakan hidangan... Zamir layak untuk dinobatkan sebagai juara masterchef all star 2014. Tapi... Apa-apa pun boleh berlaku. Selina pun apa kurang hebatnya... Kalau musim lalu, dia kalah di tangan Zura. Kali ni... Selina pun mesti nak bergelar juara masterchef all star jugaklah kan...
Apa-apa pun berlaku... Mereka dah sampai tahap yang membanggakan apa... 2 yang terbaik kan... Korang rasa siapa johan masterchef all star kali ni?
11 Comments
Farah nak Zamir yang menang!!! ^_^... Kuih ketayap tu warna hijau ya inviting... lagi satu fiza, biar tak ada letrik jangan tak ada air memang payah kot...
ReplyDeleteFarah : Terima kasih yer kerana sudi singgah di blog Fiza ^_^.
DeleteFiza pun sama dengan Farah. Nak... Zamir jadi juara masterchef all star malam ni. Dan... Memang. Lagi bagus takde letrik jika nak dibandingkan takde air. Boleh buntu dibuatnya.
rajin akak wat kuih ketayap. febret saya tu ..(*_^)
ReplyDeletetak tengok masterchef smlm huhu..
ReplyDeletenway kat sini mmg panggil kuih ketayap Fiza.. tengok Fiza buat tu mcm sempurna sgt.. setengah org buat siap ada lobang2 lagi hehe
Kuih kegemaran hubby sy tu Fiza...
ReplyDeletesy sokong Zamir..hehe
SA kalau boleh nak Zamir menang jugak..dah lama x makan kuih ketayap...sedapnya..cuma SA x suka inti yang manis sgt....manis2 buah takpe...
ReplyDeleteIda pun baru pagi semalam makan kuih ni ketayap @ gulung
ReplyDeletecantik kuih tu.. menjadi.. Ros pun pernah jugak buat kuih ni..
ReplyDeleteRos rasa Zamir kot?.. apa pun kena tunggu malam ni kot..
kalau acik pilih cellina.. dia memang bagus
ReplyDeletehana tak minat kuih yang ada asas kelapa nie. hhe
ReplyDeleteSalam singgah, nampak sedap kuih ketayap tu, bulan puasa mesti beli :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.