Assalamu'alaikum, hai...
Seperti pernah aku kata... Di sini susah nak dapat kuih. Kenapa? Tak perlulah aku nak jelaskan kenapa yer... Nak tak nak. Malas atau tidak... Bila teringin punya hal... Jadi kenalah merajinkan diri. Ye tak?
Dah lama sebenarnya tak merasa kuih kosui. Oh! Ya... Tempat korang kuih kosui macammana korang panggil? Kosui? Kaswi? atau... Kuih tepung kapur?... Apa-apa pun nama yang kita bubuh... Yang penting... Ia adalah kuih yang sama. Hehe... Cuma version je lain-lain. Betul tak? Ada aku tengok tu... Siap bubuh kicap lagi untuk bagi kelainan... Tapi... Yang aku buat ni... Resepi kuih kosui ori dari mak 'kamek'...
Semalam agenda membuatnya. Nak buat kosui, mudah je. Sediakan bahan seperti berikut :-
3 cawan 3 gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan gula merah
3 sudu besar gula pasir
6 cawan air ( 3 cawan daripada digunakan untuk masak gula merah )
2 sudu kecil air kapur
Kelapa parut.
Nak membuatnya pulak... Kaedahnya, ialah... Nak mudah selepas gu3la merah sejuk... Kacau semua bahan. Kalau aku... Blander terus. Senang cerita. Then, tapis ke dalam loyang. Akhir sekali... Kukus selama 20 hingga 30 minit atau sehingga masak. Dah masak... Boleh makan dengan kelapa parut.
Berbaloi buat. Hubby pun kata sedap. Hehe...
11 Comments
wahh! nanti nak try buat lah.. kuih kegemaran jg ni Fiza.. suka mkan..:)
ReplyDeleteAtie : oh! Ya... Cubalah buat Atie. Fiza teringin sangat dah... Sampai pukul 12 pagi tadi tak tidur gara2 nak buat kusoi. Pagi ni baru dpt merasa. Hehe...
Deletekat kl orang panggil kuih Kaswi tau Fiza.. tapi guna kelapa parut original yang di parut.. bukan macam kelapa parut yang Fiza pakai tu.. itu yang instant punya kann..
ReplyDeleteZaza : ha'ah zaza... Fiza bantai guna kelapa instant. Tapi kurang ummpphhh la sikit. Hehe...
Deletesedapnya....my fav ni Fiza....tp x pandai buat,nanti i cuba eh...
ReplyDeleteAmanda Suria : hehe... Fiza pun before ni tak reti nak buat dan ingatkan susah. Bila dah try... Senang rupanya.
Deletemasa peknenkan Delisha mengidam nak makan kuih nih. dh lah susah nak carik.. last2 buat sendirik. nasib baik x susah sgt kan~ hehehe
ReplyDeleteZura : kalau mengidam... Wajib kena buat tu. Tu la... Sama mcm fiza ingatkan nak buat kosui susah. Rupanya taklah susah sangat.
Deletesedappnya...kaksura suka jugak kuih ni..tp x pernah buat..
ReplyDeleteKak Sura : Cubalah buat kak Sura. Fiza yakin akak yang banyak pengalaman dari fiza mesti boleh punya buat kuih kosui.
Deletehana boleh makan. tapi tanpa kelapa. sebab mmg tak suka makanan yang ada unsur kelapa nie. hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.