Assalamu'alaikum, hai...
Salam Jumaat buat semua. Permulaan hari yang baik. Kali ni aku nak berkongsi satu kisah benar yang berlaku suatu ketika dulu. Kisahnya... Sebagai pengajaran dan peringatan buat diriku jugak sebenarnya... Khususnya dalam mendidik anak-anak. Insya Allah...
Ceritanya begini... Di sebuah sekolah ada sorang cikgu mengajar pendidikan jasmani... Cikgu Minot (bukan nama sebenar) satu-satunya cikgu Islam tak bertudung di sekolah tersebut. Even... Rumah kata pergi, kubur kata mari. Still hatinya belum terbuka untuk bertudung. Namun, siapalah kita untuk menghukumnya kan...
Nak dijadikan cerita, suatu hari... Buku bertemu dengan ruas. Mulut cikgu Minot pun boleh tahan jugak pedasnya. Jumpa pulak, kelas budak-budak pompuan yang gangster tak takut cikgu. Time pendidikan jasmani, tengah dorang nak buat aktiviti di luar. Biasanya kan tukar baju. Adalah sorang budak ni. Bukak tudung...
Apalagi... Cikgu Minot, marah tak ingat dunia. Cakap kenapa bukak tudung sampai ungkit kurang ajar, mak bapak tak ajar ke... Budak tu pulak. Panas telinga mendengarnya... Terus cakap. Siapa cikgu nak tegur saya? Cikgu lagilah... Dahla tua. Tak bertudung pulak tu? Ada hati nak tegur orang. Suasana sunyi dan tergamam seketika mendengar kata-kata budak tu.
Cikgu Minot pulak... Dek kerana malu. Terus pergi meninggalkan kelasnya. Start haritu... Cikgu Minot ambik cuti. Sampai seminggu tau. Wallahu'alam... Apa yang dah berlaku kita pun tak tahu. Budak tu pulak kena hukum dengan pengetua... Kerana berlaku tidak sopan dengan guru.
Selang seminggu. Cikgu Minot kembali ke sekolah. Tapi dengan berwajah baru. Bukan pembedahan plastik tau. Tapi... Terus bertudung. Alhamdulillah... Tuhan telah membuka pintu hatinya.
Moral of the story... Nak tegur orang lain. Kita perlu cerminkan diri dulu. Bagaimana nak jadi pendidik... Kalau sendiri tak terdidik. Begitu jugak... Andai ingin menjadi role model buat anak-anak. Kita dulu yang kena buat. Barulah anak akan ikut. Aku percaya akan konsep itu. Wallahu'alam...
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Have a nice day ^_<.
Salam Jumaat buat semua...
8 Comments
Tq sharing fiza..btl tu kekadang kita mmg kena cermin diri sndiri jgk sblm menegur org lain...moga dpt di jadi kn iktibar buat kta semua..
ReplyDeletecerita yg menarik..betul tu..anak2 sebenarnya menjadikan ibubapa sebagai role model..sama2 kita menjadi yg terbaik demi anak2 kita..:)
ReplyDeleteseharus nya kita mesti menjadi contoh kpda anak2 dan masyarakat sekeliling... seperti kta cerimin diri kta dulu....
ReplyDeletesemoga menjadi iktibar buat kita semua...
Cerita motivasi yang cukup menarik untuk dijadikan teladan
ReplyDeletemenarik ceritanya,klu pandang dari sudut positif ada hikmah benda ni berlaku..tgok kan ke cikgu dah terbuka hati bertudung..
ReplyDeletesemoga jadi ikhtibar
ni kisah benar cik fiza ke? hheee....
ReplyDeletekalau kita menegur org tapi kita sendiri tak buat, itu munafiq... golongan munafiq neraka tempatnya dan kekal didalamnya... minta dijauhkan Allah dr termasuk golongan munafiq...
Msred : Actually, kisah ni berlaku di sekolah tempat adik Fiza belajar. Dia yang ceritakan pada Fiza Msred. Teringat pulak... Tu yang tetiba ingin nak berkongsi cerita di sini. Hehe...
Deletemenarik perkongsian ini.... ada moral of the story..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.