Assalamu'alaikum, hai...
Kalau aku... Aku tak berapa suka minum yogurt. Korang suka? Tak suka rasanya yang masam even banyak orang kata... Yogurt membawa banyak kebaikan dalam kesihatan seperti membantu proses penghadaman, baik untuk orang lepas bersalin dan sebagainya. Tetap jugak aku tak berapa suka nak minum yogurt. Masam!...
Tapi... Kalau hubby dengan Alia... Pantang tengok yogurt. Mesti nak. Sebab tu... Kalau bawak Alia pergi shopping... Mesti tahu dah... Kalau pergi bahagian minuman yang sejuk tu. Mesti dia ambik yogurt.
Semalam... Disebabkan takde keja. Nak try guna ice-bar makers yang adik beli di Daiso, Kuala Lumpur haritu. (***siap bagitau lagi... Mana beli ice-bar makers eh!. Haha...). Apalagi... Buatlah aiskrim buatan sendiri untuk Alia. Yogurt plus tembikai susu dipotong cube. Kemain suka lagi Alia makan. Seronok tengok.
Esok nak buat aiskrim lain pulak. Kalau rajinnya adalah. Haha... Kan banyak resepi homemade aiskrim di internet. Boleh cuba... Ye tak?
3 Comments
wah! ais krim home made..sy dah lama nak cuba..tapi tak buat lg pun..hehe..
ReplyDeletesukaaa sgt yogurt. terutama yogurt blis..:)
hana suka gila yogurt nak2 yang masam. perghh. hahah hana mmg tak pernah buat. tak pandai tp mcm nak try je. haha
ReplyDeleteBerminat buat aiskrim sendiri? Hanya menggunakan buahan beku, anda boleh membuat aiskrim kegemaran anda. Tidak percaya? Sila visit www.myvalorem.com click Dole Yonanas Ice Cream/ Dessert Maker di Kitchen&Dinnerware section untuk mengetahui lebih lanjut produk ini. 1 year warranty dari Dole Malaysia.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.